Thursday, May 04, 2006

Aku hanya CD



Crossdresser, Maknyah, Bapok, Pondan, Ponen- semua tu istilah untuk mengambarkan lelaki yang memakai pakaian perempuan, berperangai seperti perempuan, terbawa-bawa seperti perempuan. Istilah maknyah dah popular. Kalau tengok lelaki yang pakai pompuan, berjalan macam pompuan, cakap macam pompuan, hidup macam pompuan semua tu dikatakan maknyah. Maknyah ni istilah yang lebih sopan kalau bandingkan dengan bapok. Kata orang lebih glamour gitu.

Crossdresser(CD) bukan maknyah. Tu yang aku paham. CD hidup macam lelaki biasa, bekerja, berumahtangga, ada anak dan menjalani hidup seharian sebagai lelaki normal. Tetapi dalam diri mereka ada keinginan terhadap pakaian pompuan. Ada yang suka pakai panties sahaja, ada yang minat pada bra. Macam-macam. Aku pula minat semua pakaian dalam pompuan disamping kasut tumit tinggi dan but. Namun tidak berpeluang untuk membeli heels sebab tak ada tempat nak simpan. Pernah pakai heels seorang kenalan maknyah. Nasib baik dia pun pakai saiz 9. maklumlah kaki lelaki.




No comments: