Tuesday, June 06, 2006

Akademi Fantasia

Dah masuk musim ke empat AF tu. So malam Sabtu ramailah yang lentok kat depan TV selama 3 bulan berikut. Sekali lagi yang kaya ialah Astro dan penyedia perkhidmatan SMS. Fikir-fikir tak sayang duit ke hantar SMS untuk afundi setiap minggu. Aku pun lentok juga depan tv setiap kali ada AF. Tapi belum ada se sen pun duit aku digunakan untuk afundi bebudak yang bakal menjadi bintang itu.

Undi banyak-banyak dan pelajar yang menjadi kesayanganku itu menang, apa yang aku dapat. Just SS (syok sendiri). Bila depa dah glamour nanti, kita pun dia org tak pandang. Dulu aku ada seorang kenalan yang masa jadi budak kampung dulu, jumpa tegur. Tup-tup sekarang dah jadi star, jumpa pun dia dah buat derk saja. Hancis betul. Undilah lagi.

No comments: